Friday 11 January 2013

Perniagaan Internet tanpa Modal ( suatu yang mitos).




Sesuatu yang menjadi tanda tanya
Setiap peniagaan mesti ada modal, tidak kira sekiranya anda berniaga apa sekali memang ada modal . Kita selalu diheboh-hebohkan bahawa ada satu perniagaan iaitu Perniagaan internet tanpa Modal .Ini adalah suatu yang mengarut dan tidak masuk akal. Cuba anda fikirkan apa yang dimaksudkan tanpa modal .Bagi saya segala yang kita buat didunia ini untuk mencari keuntung kita memerlukan modal. Inikan pula sesuatu perniagaan.

Perniagaan Internet tanpa modal  yang selalu digembar-gembur adalah salah satu cara untuk menarik minat kepada sesuatu produk supaya laris. Mungkin mereka yang selalu mengunakan tag line ini adalah mereka yang sudah hilang idea untuk mempromosi perniagaan mereka. Gunakan lah tag line yang boleh diterima pakai kerana pengguna masa kini lebih bijak untuk memilik.

 Sebagai seseorang yang berpengalaman selama 5 tahun dalam bidang ini saya rasakan belum ada yang percuma untuk saya menjalankan aktiviti ini dan bagi saya sesuatu yang percuma lambat laun akan berbayar di suatu hari kelak. Kepada mereka yang baru dalam internet marketing lupakan Tag line " Perniagaan Internet Tanpa Modal ". Untuk mendapat ranking yang terbaik didalam online kita perlu melabur.Pelaburan yang baik anda menghasilkan sesuatu yang baik untuk kita.


TIPS YANG BERKAITAN :-



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...