Friday 14 March 2014

Disebalik kesulitan ada kemanisan.



Dalam mengharungi dunia perniagaan saya memang tidak dapat dielakkan dengan dugaan yang penuh cabaran. Kalau diikutkan dengan akal fikiran memang agak sukar untuk saya mengharungi cabaran tersebut. saya percaya setiap yang berlaku ada hikmah disebalik cabaran yang kita lalui. Kita sebagai hamba Allah berasa bersyukur dengan cabaran yang dikurniakan. Sebalik cabaran yang diberikan , sememangnya mempunyai maksud yang tersirat. Disamping itu juga memberi kita pengajaran yang begitu bermakna dalam hidup kita. Ada dikalangan kita takut pada cabaran, mana mungkin untuk mengejar kejayaan jika kita tidak diuji. Kejayaan bukan semudah dengan petik jari sahaja. Semakin besar kejayaan kita cari , semakin besar cabaran dan dugaan yang bakal kita harungi. Apa yang paling penting ialah berdoa untuk mendapat petunjuk. Hidup didunia ini sememangnya adil kerana setiap apa yang kita buat akan berhasil jika kita bertakwa kepadanya yang penting kita jangan berputus asa untuk memohon kepadanya.

" Sekiranya kita ditimpa masalah dan malapetaka , Allah tidak menyuruh mencari jalan sehingga penat, Allah meminta kita solat dan bersabar "


Bersyukurlah kepadanya sekiranya kita adalah insan yang terpilih kerana diharungi dugaan. setiap yang berlaku ada kemanisan yang amat bermakna dalam hidup kita. Memang benar Islam  , mewajibkan umat sentiasa bersabar dengan setiap dugaan yang menimpa. Kita tidak mampu untuk menolak takdir yang tertulis , kita cuma insan yang serba kekurangan. Anggaplah setiap yang datang adalah kurniaan dari Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...