Friday, 18 January 2013

Bagaimana menjadi blog post yang menarik ?

Baru-baru ini  blog saya jatuh-bangun-dalam-pernigaan.blogspot tersenarai sebagai blog menarik di busuk.org .Dimana laman web ini memberi perkhidmatan ping aggregator secara percuma. Disamping itu ia juga dapat meningkat trafik blog kita.

Bagaimana busuk.org berfungsi ?

-Satu laman perkongsian artikel untuk blogger di Malaysia
-Disini mana-mana blog post yang paling banyak  dilayari  tersenarai blog paling popular.
-busuk.org membantu blog kita dalam sistem SEO.
-Menberi backlink percuma sekiranya  meletak banner di blog anda.

Kepada meraka yang masih mencari-cari teknik untuk menaik trafik blog sila layari busuk.org. Pasti berguna untuk menaik blog trafik tetapi yang paling penting blog post hendak juga menarik para pengunjung.




Bagaimana menjadi Blog post yang menarik ?

Sesuatu persoalan yang agak mudah tetapi kadang-kadang menjadi sukar adalah sebab kita kurang pengetahuan tentang keadaan sekeliling. Baru-baru ini  blog saya tersenarai diantara blog post yang menarik. Saya telah menulis serba sedikit tentang Lagenda seni mempertahan diri " Bruce Lee ". Mungkin cerita ini agak lama. Tetapi ramai juga ingin sesuatu info, Bagaimana seseorang yang bertubuh kecil meningkat naik sebagai superhero di Holywood pada masa dulu.

ciri-ciri blog post yang menarik adalah seperti berikut :-

  • Menggunakan tajuk yang boleh menarik perhatian pengunjung.
  • blogger mesti mengikuti trend terkini.
  • Mengunakan kontrovesi -  sekiranya anda mengunakan isu agama dan politik , anda kemungkinan dicemuh oleh pengunjung dan kemungkinan penjara bagi anda jika keterlaluan.
  • bahasa yang digunakan mudah untuk difahami.
  • guna gambar yang menarik perhatian pengunjung- jangan letak gambar lucah kerana itu akan mengambarkan diri anda yang sebenar.
  • berikan tips yang menarik supaya apa yang kita tulis memberi manfaat kepada semua orang.
  • pastikan apa yang anda tulis bukan semata" bagai melepas batuk di tangga". Tajuk saja gah tapi isi hampeh!!!
  • blog post yang menarik,  kemungkinan blog anda post yang berikutnya akan ditunggu-tunggu oleh pengikut anda (followers). Jadikan blog post  anda sebagai drama bersiri.
  • apa yang ditulis mesti sesuatu yang ikhlas dan tulus serta original.


"This was exactly what we had been doing before, and ended up losing 100s of 1000s of dollars letting bots and EAs trade our accounts..You can see $100  in 5 seconds, or $120,500  in 15 minutes (YES that Really happened to us..)"- Click Here!


Thursday, 17 January 2013

Mendapat 1000 visitor ke dalam blog anda.

Bagaimana mendapat 1000 visitor ke dalam blog anda  ?


Untuk mendapat pengunjung (visitor) memang diperlukan oleh setiap blogger. Ada berbagai-bagai teknik yang cuba digunakan untuk menjadi blog yang di bina popular. Di sini saya kongsi untuk meningkatkan 1000 pelawat ke dalam blog anda ( visitor dari luar dan dalam negara).



Dengan hanya membayar sebanyak USD9.90  dari Easyhit 4U , anda akan memperolehi 1000 pengunjung dari dalam dan luar negara bergantung kepada topik yang dipostkan.

Di samping itu juga laman web ini memberi kreadit percuma 1 : 1 (link exchange) sekiranya anda klik pada  tap yang diberikan (web surfer).

Ini adalah cara yang paling mudah untuk anda mendapat 1000 pelawat . Di samping itu juga dapat menjimatkan masa anda dalam mempromosikan blog anda.




Tingkatkan trafik blog tanpa mengunakan Software.

Betul atau tidak Blog trafik boleh ditingkatkan tanpa software ?

Tingkatkan trafik blog tanpa mengunakan Software.Ramai diantara kita tercari-cari bagaimana untuk meningkatkan blog trafik. Ramai juga yang mengambil peluang sekiranya terdapat software-software percuma untuk meningkat trafik blog mereka. Trafik blog boleh ditingkat tanpa mengunakan software . Teknik mengenai SEO perlu anda pelajari supaya blog anda menjadi tumpuan blogger.

Di sini saya kongsikan beberapa tips untuk meningkat trafik blog supaya menjadi 300 pengunjung setiap hari. Perkara yang paling penting ialah tajuk blog anda. Adakah tajuk blog anda mudah diingati ? atau mengikut trend terkini .

Untuk menjadi blog tumpuan ramai kita mesti mempelajari teknik-teknik blogging. Kita seharusnya pakar dan memberi tunjuk ajar secara percuma. Dengan kaedah ini  blog anda mula mencuri tumpuan orang ramai.

Panduan permulaan untuk blogging - Ramai diantara masih teraba-raba tentang bagaiman untuk membuat blog . Ramai diantara mereka tahu fungsi blog. Di sini kita harus berkongsi cara-cara atau tutorial percuma tentang panduan membuat blog.

Setiap blog post mesti melibatkan keadaan semasa (trend terkini). Mereka yang berjaya dalam blogging , mereka yang mengikut berita-berita terkini dan segala post yang sampaikan mesti up to date.

Ada pula yang mengunakan tajuk blog yang amat luar biasa tetapi isi kandungan agak mengecewakan .Kalau boleh perkara ini jangan anda buat . Ini akan membuat pengunjung blog anda menjadi bosan dan merasa menyesal untuk melayari blog anda.

Sentiasa melayari blog orang lain dan memberi komen yang baik tentang blog yang dikunjungi dan meninggal satu keyword perniagaan blog anda.

Gunakan media sosial untuk memberitahu tentang berita-berita dan blog post yang terbaru. Kalau boleh setiap tajuk mestilah membuat pengunjung berkata " wow ".

Perkara yang paling penting ialah bersabar sentiasa mencari ilmu supaya blog yang dibina mencuri perhatian orang lain . Sentiasa konsisten tentang blog supaya anda dianggap blog yang aktif. Ini akan menyebabkan anda ramai followers . Pengunjung akan mengikuti blog anda sekiranya anda aktif, buat apa follow blog yang terlalu lama tidak  dikemaskini.

Kebaikan meningkatkan trafik tanpa mengunakan software 

  • Mengurangkan kos promosi - setiap software yang dibina memerlukan kos yang tinggi  dan kepakaran yang tinggi untuk dihasil. Jadi software yang terbaik adalah mahal.
  • ranking didalam search engine (enjin pencari ) tidak kekal lama.
  • Tersenarai Dalam enjin pencari agak lama walaupun blog telah lama tidak dikemaskini.
  • Menjadikan seorang blogger yang pakar dalam hal SEO
  • blog menjadi mesra dalam enjin pencari .
  • Menjadikan seorang blogger kehendak enjin pencari.
  • Ada software telah disenarai hitam oleh enjin pencari , jadi sekiranya anda gunakan kemungkinan blog anda juga mengalami nasib yang sama.

Wednesday, 16 January 2013

Kegagalan itu punca kejayaan

"Tidak ada jalan singkat.Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu" Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Setiap yang berjaya pasti merasai kegagalan, cuba anda lihat biografi mereka berjaya masing-masing mempunyai cerita tersendiri mengenai kegagalan yang mereka hadapi , ada yang kita tidak sanggup kita hadapi malah ada pula hampir muflis dan ada sudah pun muflis. Tetapi tekad untuk bangun semula untuk berjaya dan keputusan yang tidak pernah putus asa membuat mereka bangkit untuk berjaya.

Baru-baru ini saya selalu berbual kosong tentang hal-hal yang membabitkan kejayaan. Rakan saya ini selalu mengatakan " sekiranya kita berusaha tetapi rezeki setakat cam tue jer , dah memang tertulis rezeki kita macam tue ". Pandangan rakan saya ini, membuat saya tersenyum sendiri , kalau saya berfikiran begini mungkin saya tidak dapat pengalaman dari kegagalan. Apa yang penting setiap yang diusaha pasti berhasil samada lambat atau cepat .Allah itu maha adil, setiap yang berlaku adalah ketentuannya. Sebagai seorang yang beriman kita seharusnya jangan berputus asa walaupun kejayaan itu susah untuk dikecapi.

Untuk berjaya dalam sesuatu bidang kita seharus berani untuk mencuba. Semakin besar ujian yang dihadapi semakin besar kita hampiri untuk kejayaan. Apa yang amat mengecewakan ada pula yang mengunakan agama  atas alasan tidak mencuba untuk membuat sesuatu  seperti " hidup kita telah ditakdirkan begini dan ini adalah ketentuan tuhan ". Bayangkan seseorang yang berkata begini dalah seseorang yang terpelajar dan lebih berumur dari saya. Bagi saya Allah tidak menyekat hambanya itu untuk berjaya , berusaha kearah kebaikan.Semoga yang apa yang diusahakan dapat berguna untuk setiap umat di muka bumi  bertuah ini.


Pendapatan USD100,000.00 setahun dari blog.


Bagaimana mempunyai Pendapatan USD100,000.00 dari blog ?

Kepada yang sudah tahu kehebatan Laman web Probloger memang terbukti dan tidak terkejut tentangnya. Dimiliki oleh Daren Rowse dan di dirikan pada November 2004. Secara purata setahun USD100,000.00 memang hebat bukan ? Disamping itu juga blog beliau dapat menarik pengunjung 1.5 juta setiap bulan. Beliau akan mengemas kini blog sebanyak 1 atau 2 post setiap hari (sangat konsisten). Sumber pendatan utama ialah Chitika, Google AdSense, Text Link Ads, dan Amazon Associates.

Pendapatan USD100,000.00 setahun dari blog.


Kelebihan Problogger
  • Memberi tips secara terperinci dan percuma.
  • Kelebihan kepada Ahli yang berdaftar sahaja.
  • Memberi tips yang berkaitan dengan Amazon.com kerana pemilik Problogger adalah pengguna Amazon Associates .Disini apa yang dikongsi bersama adalah berdasarkan pengalaman
  • Selain itu juga, pemilik Problogger merupakan seorang yang begitu arif dengan Digital kamera. Maka beliau adalah penjual Kamera secara online di Amazon.com.Pelik bukan Kamera yang mahal dijual secara online
  • Setiap blog post dihasilkan mesti berkait dengan blog post yang lepas.


Soalan  sering diajukan kepada   Daren Rowse (pemilik Problogger)


  • Berapa banyak yang anda dapat ?
Satu soalan yang sukar untuk dijawab kerana yang semua berada dalam diri sendiri , semakin banyak yang keinginana anda , semakin banyak income anda. Perlu diingat anda perlu membuat sesuatu bukan tunggu dan lihat .saya selalu menekan bahawa blogging bukan satu cara untuk cepat kaya, untuk berjaya kita seharus bekerja tanpa henti dalam arena blogging.

  • Bagaimana blogger membuat wang ?
Saya telah mengeluarkan setiap idea yang bernas pada setiap minggu. Kami para blogger akan memberi satu kaedah untuk dimanfaatkan pada dunia supaya aliran pendapatan meningkat. Blogger tidak seharusnya bergantung kepada sesuatu keadaan iaitu mempelbagai setiap tips untuk blogger-blogger baru. Perkara yang menarik pada 2005 membuat saya mencari peluang untuk membuat blog kerana terdapat blogger-blogger baru. Di sini juga bermula  "menjana wang melalui blog ".



Amazon Associates  

Affiliate yang paling popular di dunia , hanya memasukkan beberapa kod di blog atau website bagi tujuan promosi dan setiap  barangan  yang dibeli kita akan memperoleh komisen 10% hingga 50%  dari harga barang yang dijual. Pendaftaran yang senang  , tidak seperti google Adsense agak sukar untuk mendaftar.

Bagaimana Amazon Associates berfungsi.

Amazon adalah merupakan satu syarikat yang mempunyai laman web jualan terbesar di internet yang memasarkan ribuan produk yang terdiri daripada pelbagai jenis kategori.

Dengan menjadi agen pemasaran Amazon (lebih dikenali sebagai Amazon Associates / Affiliate), maka anda berpeluang untuk mempromosikan mana - mana produk yang berada di laman web mereka untuk meraih komisyen bagi setiap jualan yang terhasil menerusi anda.

 Yang menariknya apabila menjadi agen pemasaran Amazon adalah, anda akan menerima komisyen dalam bentuk bayaran matawang asing iaitu seperti US Dollar. Pihak Amazon akan membuat pembayaran kepada anda menerusi cek dan anda boleh depositkan Cek Amazon pada mana - mana akaun bank tempatan yang anda gunakan.

Jadi jika komisyen terkumpul anda adalah sebanyak USD300.00 sebulan, maka ini bererti anda akan menerima deposit lebih kurang RM1000.00 ke dalam akaun bank anda!

Contoh  blog Amazon yang menjual pakai perempuan dan pakaian lelaki (klik disini).


contoh :  kedai online amazon associates

TIPS YANG BERKAITAN :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...