Tuesday 15 January 2013

Doa Harian - Pembuka pintu rezeki


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga... berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

Saturday 12 January 2013

Buat yang terbaik

Untuk menjadi seorang berjaya kita seharus membuat sesuatu kerja atau tugasan dengan sebaik mungkin. Sekiranya kita beri peluang untuk  berniaga , lakukan dengan sebaik mungkin. Sebagai seorang insan dan umat Islam kita dijadikan oleh Allah dengan sebaik mungkin. seharusnya apa yang kita lakukan di dunia mestilah sebaik mungkin.

Perkidmatan yang terbaik

Untuk mendapat kepercayaan pelanggan kita seharusnya memberi pekhidmatan yang sebaik mungkin dan terbaik. Perkhidmatan lepas jualan juga perlu kita lagi untuk mengekal pelanggan kita dan terus menjadi pelanggan kita. Kalau boleh beri sesuatu melebihi pengharapan dan ini adalah tanda penghargaan kita kepada pelanggan. Harga adalah peranan menentukan perkhidmatan kita., selalunya harga yang tinggi pengharapan pelanggan adalah tinggi terhadap perkhidmatan kita. Kalau boleh berilah harga yang murah bersama perkhidmatan lima bintang. Pasti pelanggan anda datang kembali kepada anda.

Menjadi peniaga online yang terbaik.


Di Malaysia ramai pengusaha peniaga online mengamalkan perkhidmatan lepas jualan . Sebagai contoh memberi tip-tip yang percuma sekira pelanggan sudah menggunakan perhidmatan mereka. Disamping itu juga ada juga memberi promosi tentang sesuatu produk melalui email. hubungan baik bersama pelanggan perlu dijaga kerana mereka ini ialah  promosi offline kita. Berikan sesuatu yang diluar jangkaan pelanggan kita.

Perkhidmatan terbaik untuk pelanggan yang terbaik.

Sudah menjadi rumlah alam bahawa pelanggan inginkan sesuatu yang terbaik. Sebagai seorang peniaga kita seharusnya memikirkan sesuatu untuk memberi kepuasan yang maksima kepada bakal pelanggan. Oleh itu sediakan borang untuk pelanggan anda memberi komen mengenai perkhidmatan anda. Dengan ini anda boleh meneruskan atau memperbaiki kelemahan yang ada.


Friday 11 January 2013

Perniagaan Internet tanpa Modal ( suatu yang mitos).




Sesuatu yang menjadi tanda tanya
Setiap peniagaan mesti ada modal, tidak kira sekiranya anda berniaga apa sekali memang ada modal . Kita selalu diheboh-hebohkan bahawa ada satu perniagaan iaitu Perniagaan internet tanpa Modal .Ini adalah suatu yang mengarut dan tidak masuk akal. Cuba anda fikirkan apa yang dimaksudkan tanpa modal .Bagi saya segala yang kita buat didunia ini untuk mencari keuntung kita memerlukan modal. Inikan pula sesuatu perniagaan.

Perniagaan Internet tanpa modal  yang selalu digembar-gembur adalah salah satu cara untuk menarik minat kepada sesuatu produk supaya laris. Mungkin mereka yang selalu mengunakan tag line ini adalah mereka yang sudah hilang idea untuk mempromosi perniagaan mereka. Gunakan lah tag line yang boleh diterima pakai kerana pengguna masa kini lebih bijak untuk memilik.

 Sebagai seseorang yang berpengalaman selama 5 tahun dalam bidang ini saya rasakan belum ada yang percuma untuk saya menjalankan aktiviti ini dan bagi saya sesuatu yang percuma lambat laun akan berbayar di suatu hari kelak. Kepada mereka yang baru dalam internet marketing lupakan Tag line " Perniagaan Internet Tanpa Modal ". Untuk mendapat ranking yang terbaik didalam online kita perlu melabur.Pelaburan yang baik anda menghasilkan sesuatu yang baik untuk kita.


TIPS YANG BERKAITAN :-



Thursday 10 January 2013

Tersenarai dalam enjin pencarian - Google

Buat masa ini website peniagaan saya tersenarai dalam muka hadapan enjin pencarian google . sebagai contoh 20,0000,000   carian mengunakan keyword INTERNATIONAL  FORWARDING AGENT  dan  5,860,000 cari dengan keyword CUSTOMS FORWARDING AGENT. Banyak tip-tip terkini yang saya pelajari mengenai internet marketing untuk menyenaraikan syarikat saya di Google.com. Disini kita perlu belajar mengenai SEO , mendapatkan seberapa banyak BACKLINK untuk kita mengekal trafik dalam enjin pencarian. Tidak rugi kita belajar ini semua. Inilah adalah teknik masa kini untuk kita menjalan promosi sesuatu perniagaan di internet. Anda bolen mempelajarinya samada berbayar atau pun percuma.


www.sworldnetmy.com





Affiliate marketing,
training, tools & software
Affilorama offers easy to follow educational resources, useful software applications and access to the web's largest Affiliate Marketing community. Join us, it's free! Click Here!

Wednesday 9 January 2013

Berani dalam bisnes

Sikap berani  patut berada dalam setiap para usahawan. Berani membuat keputusan  dan berani berhadapan dengan risiko. Sekira kita tidak berani , mana mungkin kita dapat mempelajari sesuatu yang baru. Bagi saya sesuatu keputusan yang berani adalah sesuatu yang berisiko. Kita akan berhadapan dengan segala kemungkinan yang akan berlaku, samada berjaya atau sebaliknya. Ramai diantara kita takut-takut untuk membuat keputusan dan memberi pelbagai alasan. Apa yang penting bagi saya berani itu biarlah bertempat.

Berani dalam bisnes


Ramai diantara kita hendak berniaga tapi merasa takut dan tidak berani.Kenapa ?
  • Takut rugi - Setiap yang memberi keuntungan pasti akan rasakan rugi,  makin besar keuntungan semakin besar juga kerugian akan kita tanggung jika tersilap langkah.
  • Takut bermodal - hendak berniaga tapi takut dengan untuk melabur dan bermodal. Sentiasa memerlukan perkhidmatan percuma.
  • Terlalu banyak mengkaji- mengkaji tidak salah tetapi keterlaluan akan menyebabkan kita patah semangat.
  • Termakan hasutan orang lain- Ada golongan yang tidak senang sekiranya kita berjaya.
  • Kurang berkeyakinan (bak kata Adnan sempit - kondifen).
  • Tidak berilmu- Setiap apa yang kita lakukan mesti mempunyai ilmu. Peniagaan juga memerlukan ilmu jadi belajarlah dengan mereka yang berpengalaman dalam perniagaan.
  • Takut untuk memberi- Sebagai seorang islam kita seharusnya memperbanyakkan memberi (sedekah) supaya apa yang kita perolehi diberkati Allah.
  • Sentiasa berfikiran negatif - setiap apa yang dirancang ada sahaja asalan untuk menjatuhkan diri sendiri atau orang lain. Dalam kata lain sentiasa memberi alasan. Alasan orang malas.
  • Selesa dengan keadaan sekarang - cukup makan , cukup tempat tinggal semuanya cukup (padahal belum cukup bulan gaji dah habis).

Bagaimana membuat blog : Tips permulaan untuk blogger baru.

Selamat datang '' Bagaimana membuat blog - tips permulaan untuk blogger".

Dalam internet berbagai-bagai tips yang diberikan kepada blogger -blogger baru  ada yang percuma dan ada pula berbayar. Sebagai blogger yang berpengalaman selama 5 tahun dalam bidang banyal tips-tips yang saya pelajari untuk meningkatkan traffic blog saya. Di samping itu juga saya telah menghasilkan hampir 100 blog dan masing-masing mempunyai kepentingan tersendiri. Sebelum kita memulakan langkah yang berikut kita hari mempunyai strategi dan matlamat.




Bagaimana membuat blogs - tips paling senang untuk blogger
  • Matlamat dan perancangan - Ini adalah perkara paling penting kerana ada yang membuat blog untuk perniaagaan , hobi, mendapat kenalan , sukan dan lain-lain lagi.
  • Nama blog anda- cari nama yang mudah diingati dan sesuai dengan blog anda.
  • theme (tema) gunakan tema yang sesuai dengan blog yang mudah untuk dilayari.
  • Dpatkan khidmat pakar kerana ini akan menjimatkan masa tidak seperti saya 5 tahun baru faham dalam arena blog .Disamping itu juga anda boleh membeli di pasaran '' Tips mudah untuk membuat blog''.  dan dapat juga di Amazon.com disini .


3 langkah untuk lebih cepat pelajari tentang membuat blog.
  • Hadiri program yang dan seminar yang sesuai mengenai cara mudah membuat blog
  • Guna youtube sebagai guru anda, terdapat banyak tips yang berguna di Youtube yang anda boleh pelajari secara percuma. Perkara ini mudah dipelajari.
  • Mencari mentor yang berpengalaman tentang  blog kerana mereka yang berpengalaman tentang bidang ini  mudah untuk membimbing kita kearah kejayaan.

Monday 7 January 2013

Facebook senjata bisnes anda.

Senjata Bisnes

Di zaman  serba moden ini, facebook adalah salah satu senjata bisnes dimana satu media mudah untuk berkomunikasi dan penyampaian matlumat secara cepat dan murah. Selain berguna untuk berkomunikasi, ia adalalah salah satu senjata bisnes anda. Dimana anda boleh mempromosi bisnes anda dengan cara dan teknik yang terkini. Manfaatkanlah facebook sebaik mungkin dan jadikanlah facebook senjata bisnes anda kerana ramai yang telah berjaya melalui facebook. Gunkanlah iklan berbayar yang ditawarkan oleh supaya page group yang anda buat mendapat ranking yang tertinggi. Bayaran yang dikenakan oleh facebook adalah berpatutan dan mengikut kemampuan anda.




Facebook Ads


Inilah kaedah yang terbaik, paling berkesan dan paling cepat menghasilkan jumlah fans yang banyak. Ada pemilik Fan Page mendapat ribuan fans dalam masa sehari dua sahaja. Mengapa FB Ads memberikan hasil sebegini besar? Salah satu sebabnya adalah, pengiklanan ini adalah lebih menumpu (targeted) dan berjuta-juta rakyat Malaysia aktif menggunakan Facebook.

Kos untuk pengiklanan ini tidak begitu besar jika kita tahu caranya yang betul. Keluarkan sedikit kos dan luangkan masa untuk belajar dengan mereka yang tahu mengiklan di Facebook dengan cara yang betul.


Sunday 6 January 2013

Duit online memang benar terbukti!!!!

Duit online !!!! satu perkara yang kompleks  dimana kita yang  kurang berpengalaman dalam bisnes online memang satu perkara yang mustahil dan adakala dongeng semata-mata . Berpengalamaan dalam bidang bisnes online memang ternyata berhasil . Duit online memang terbukti sesuatu yang nyata bukan dongen semata. Apa yang penting kita perlu mempelajari teknik-teknik dan tips terkini. Di negara Eropah mereka yang mendapat duit online menghasil ratus dollar malah ribuan dollar hanya dengan melayari internet.






Memperolehi duit online bukan perkara yang mustahil.


Pemlik Problogger.net  , Darren Rowse   memperolehi pendapatan USD100,000.00 setahun hanya dengan    
Chitika, Google AdSense, Text Link Ads, dan Amazon Associates. Jumlah trafik web ke blog beliau ialah 1.5 juta pengunjung. Topik yang dibincangkan di dalam blog beliau ialah make money online dan make money bloggin. Beliau telah meghasilkan blog sejak 2004.

Duit online yang paling senang diperolehi

contoh :-
Adsense.com dari googe inc.  bagi saya merupakan duit online yang senang diperolehi dengan meletakkan bebapa kod adsense kedalam blog  kita. kiraan pendapatan diperolehi berdasarkan klik oleh pengunjung kedalam blog kita. Disamping itu juga, kiraan pendapatan berdasarkan iklan yang mengikut bidaan pembuat iklan. Banyak tips yang kita boleh perolehi tentang google adsense yang boleh kita pelajari  samada berbayar atau percuma. Terpulang kepada kemampuan anda.


Sebenarnya banyak lagi cara untuk mendapatkan duit online salah satu  affiliate program .Saya akan memperbincangkan perkara pada post akan datang. Kepada yang baru berjinak dalam internet marketing teruskan untuk mempelajarinya dan jangan berputus asa. Di samping itu juga, untuk mendapat ilmu yang terbaik kita perlu berlabur.


TIPS YANG BERKAITAN :-
Bahan rujukan yang patut anda perolehi : Make Money Online Decoded: How to Succeed for Baby Boomer

20 hartawan paling kaya di Malaysia 2012

Menjadi hartawan yang paling kaya menjadi idaman setiap insan didunia ini . Bagi saya untuk menjadi insan yang paling kaya memerlukan banyak pengorbanan dari segi masa, usaha dan segala. Bukan mudah untuk menjadi kaya. Mengikut biografi mereka yang menduduki ranking usahawan paling kaya memerlukan usaha yang kuat , gigih , displin dan mempunyai mentali tersendiri. Kebanyakkan mereka yang terdiri dari hartawan paling kaya mempunyai yayasan yang tersendiri dan mereka ini adalah golongan yang bermurah hati dan suka menderma. sifat ini patut kita contohi dan teladani , betul juga hukum karma buat baik dibalas baik. sebagai seorang islam kita memang diwajibkan untuk membantu gologan yang susah.




20 hartawan paling kaya di Malaysia

Tan Sri Robert Kuok kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia dengan kekayaan RM45.7 billion tetapi merosot 8% berbanding jumlah aset beliau pada tahun 2011. Tan Sri Ananda Krisnan juga kekal sebagai orang kedua paling kaya di Malaysia dengan kekayaan yang bertambah dan menghampiri jumlah aset TS Robert Kuak iaitu RM42.998 Billion.

Bahan rujukkan yang patut anda perolehi :  Rich Dad's Conspiracy of the Rich: The 8 New Rules of Money
Choose your business , choose your income , create ideal lifetyle Click Here!


Saturday 5 January 2013

Menjadi blog post yang disukai ramai.

Banyak diantara kita hilang punca untuk menjadikan blog yang dibina disukai ramai . Disini saya kongsi beberapa tip supaya blog anda tidak terasa kosong dan dalam istilah lain " membosankan ". Perlu diingat menjadikan blog yang disukai ramai adalah perkara yang agak sukar tetapi apabila kita konsisten melakukan membuatkan kita mudah melakukan yang paling penting jangan putus asa, besar kemungkinan  pasti blog anda akan disukai ramai.




Apa yang perlu kita lakukan ?

  • Tulis apa yang kita minat , dengan perkara yang begitu minat membuat kita begitu pakar dalam menterjemahkan sesuatu perkara dan bidang. 
  • Apa yang kita tuliskan mesti dari sumber kita bukan meniru dari sumber lain . Tidak salah menjadikan sumber lain untuk kita membuat rujukan.
  • Konsisten dalam sesuatu bidang sebagai sekiranya kita berminat tentang automotif teruskan kerana ia menjadi minat kita.Teruskan menulis dengan minat anda.
  • bahasa tidak berbunga-bunga didalam blog straight to the point kerana blog bukan tujuan untuk menulis surat kepada kekasih.
  • Memahami trend masa kini, apa yang masyarakat mahukan kita perlu cari supaya blog yang dibina mudah disukai ramai.
  • Memberi manfaat kepada orang lain
  • Memberi tips-tips yang percuma.

Semoga tips yang diberikan berguna kepada kita semua. Mudah-mudahan blog yang dibina menjadi kesukaan ramai.


"By BrandonTurner 

Sometimes I just want to be told what to do, without needing to understand the 100,000 word theory and concepts behind something. Reading this book by Steve Scott is exactly what I wanted - no fluff, actionable content, and a step-by-step plan for building and growing a blog that is read by the masses. Another excellent eBook from Steve Scott."


Wednesday 2 January 2013

Mentor dalam perniagaan.


Setiap yang berjaya mempunyai mentor yang tersendiri. Seperti saya juga mempunyai mentor , ini adalah sebagai sumber rujukan untuk terus berjaya. sebagai insan biasa , kita tidak lari dari kesilapan  teguran dari insan yang berpengalaman amat saya perlukan. Untuk berjaya dalam sesuatu bidang kita perlukan seorang jurulatih yang berpengalaman. Tanpa mentor yang sesuai kita diumpama sebagai melakukan sesuatu membuta tuli. Ini adalah dianggap sebagai seuatu yang kurang bijak dan membazir. Setiap apa kita lakukan untuk menghasilkan sesuatu yang besar kita perlukan seorang guru untuk mengajar kita dari A-Z. Disini barulah apa yang kita hasilkan bersistematik dan teratur kerana kita dilatih. Ramai diantara kita tidak menghiraukan perkara ini kerana menganggapkan bahawa mereka sudah pandai atau pun mahir dalam sesuatu bidang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...