Tuesday 14 August 2012

Menjelang syawal



Tidak lama lagi kita akan menyambut kedatangan syawal setelah sebulan berpuasa. Ramai diantara telah membuat persiapan untuk menyambut hari yang gilang gemilang untuk umat islam. Selain dari persiapan hari raya, saya juga telah bersiap sedia untuk menghadapi kehidupan selepas hari raya. Seperti sedia maklum , ramai diantara kita telah mengambil cuti agak panjang untuk menyambut hari raya, ini akan mengurangkan kos dan disamping itu juga keuntungan agak berkurangan. Kedua-dua ini mesti seimbang selain sibuk dengan   menyambut hari raya. kita juga perlu sedar bagaimana menghadapi peniagaan selepas hari raya.

Tuesday 7 August 2012

Olimpik yang paling kita ingati.

Kita dikejutkan dengan kekalahan Dato Lee Choong Wei kepada Lin dan dari China di sukan Olimpik London 2012. Bagi  saya kekalahan tersebut adalah bermaruah kerana Lin Dan menang tipis dengan Dato Lee Choong Wei  21-15,21-10, 19-21. Kemungkinan nasib tidak menyebelahi atlet Malaysia tersebut. Walaubagaimana pun ucapan syabas terhadapa Dato Lee Choong Wei kerana mengharumkan nama Malaysia walaupun hanya mampu dengan pingat perak sahaja.




Kesungguhan Dato Lee Choong Wei membuat saya kagum dan bangga. Berbalik pada bisnes pula, kita harus mempunyai semangat juang seperti Dato Lee Choong Wei. Walaupun masih dalam kecederaan, tetapi semangat untuk bermain bersungguh-sungguh memberi inspirasi bahawa tiada apa yang mustahil, cuma nasib sahaja yang menentukan berhasil atau tidak. Apa yang penting ialah semangat juang yang tidak pernah pudar adalah harus menjadi teladan kepada kita semua walaupun berdepan dengan lawan yang begitu kuat. Dari saya tahniah Dato Lee Choong Wei...

Sunday 5 August 2012

Mengamalkan gaya hidup sihat.

Sebagai seorang yang begitu aktif bersukan selain tidak merokok apatah lagi tidak mengambil alkohol. Saya mengamal gaya hidup sihat disamping mengambil makanan tambahan dan sering bersenam.Ini adalah untuk saya kekal aktif dan cergas.



Saya juga telah mengurang pengambilan makan segera , yang dahulunya amat saya gemari. Namun yang demikian saya lebih suka kepada sayur-sayuran dan ulam-ulaman.Tidak ketinggalan buah-buahan dan pengambilan air kosong yang mencukupi untuk tubuh badan.

Selain dengan pengambilan telur ayam kampung di setiap pagi. Saya juga mengurang pengambilan garam dan gula untuk setiap makanan. Yang paling penting ialah pengambilan minuman berais juga saya kurangkan. Disamping itu juga , saya akan ke gym seminggu tiga kali untuk mengekalkan stamina.

Sumbangan membawa berkat.

Seperti ditahun-tahun sudah, perkara wajib ialah memberi sumbangan kepada Rumah Berkat Anak yatim Johor Bahru. Tapi tahun ini berlainan sedikit, selain dari bantuan kewangan saya dan isteri mengumpul baju dan pakaian terpakai untuk disumbangkan kepada anak yatim johor bahru.




Sewaktu saya sampai ketempat Rumah Berkat, saya disambut oleh seorang anak yatim berumur dalam 7 tahun membantu mengangkat pakaian tersebut. Air muka anak yatim tersebut membuat saya teringat anak-anak saya dirumah.Alangkah bertuah anak saya masih mempunyai ayah dan ibu.

Semoga Allah menguatkan semangat saya untuk memberi sumbangan berterusan kepada anak-anak yatim ini. Hari ini saya merasa betul-betul lega dan puas kerana dapat memberi sesuatu kepada anak-anak yatim dan disamping itu juga kita dapat meringankan beban kerajaaan serta menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim.



Saturday 4 August 2012

Hajat tidak kesampaian

Seperti biasa masa yang terluang, saya banyak menghadir pertandingan di pusat-pusat bowling terdekat mahupun diluar negeri. Di bulan ramadhan saya telah menyertai pertandingan Bowling Ketupat Lemang Graded 12 anjuran Ampang Superbowl berhad. Apa yang menarik perhatian saya adalah hadiah utama sebanyak RM7000.00. Kalau ada rezeki bolehlah bawa pulang duit tersebut.


Syarat-syarat pertandingan adalah setiap pemain mesti melengkap 2 MQ(master gualified) satu MQ adalah sebanyak 3 game jadi 2 MQ adalah sebanyak 6 game. 15 pemain yang mempunyai markah yang tertinggi dianggap layak kepertandingan akhir setiap pusat bowling , johor, melaka dan Seremban. Pertandingan akhir akan diadakan di Ampang superbowl Mahkota Parade, Melaka.

Oleh yang demikian saya pun membuat MQ supaya dapat menempat diri dalam 15 peserta. Hasil usaha yang gigih saya tersenarai dalam 15 peserta yang terbaik. Itu pun salah seorang peserta mengalami masalah kesihatan.Nampaknya ini adalah peluang saya mendapat duit raya RM7000.00. Namun yang demikian salah seorang peserta yang tidak dapat melayakan diri keperingkat akhir telah menelefon saya dan merayu agar saya menarik diri dari pertandingan. Ini adalah kerana beliau terlalu inginkan masuk bertandingan dalam perlawanan akhir tersebut. Pada mula saya agak berat untuk menunaikan hajat beliau tetapi apakan daya , setelah beliau menelefon dengan kata-kata yang bersungguh-sungguh saya terpaksa menarik diri dari pertandingan dan membenarkan dia untuk turut serta. Dalam hati kecil ini, saya amat kecewa, susah untuk saya lafazkan dengan perkataan hanya tuhan saja yang tahu...


Monday 30 July 2012

Manfaatkan laman web media sosial

Pada era ini , kita banyak berhubung banyak menggunakan media facebook, twitter dan lain-lain lagi. Ini adalah adalah dikatakan deman media sosial. Banyak kemudahan yang dapat kita nikmati secara percuma. Bagi saya selain dapat meramaikan kenalan dan bertemu kembali kawan-kawan yang sudah lama tidak jumpa, saya juga manfaatkan media sosial untuk mempromosikan bisnes yang saya jalankan.Caranya tidak perlulah saya terang disini kerana banyak diajar secara online iaitu youtube , google dan lain-lain lagi.




Tapi saya kemudahan yang dinikmati tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh kita. Ramai yang salah gunakan kemudahan ini salah satu ialah menyinndir seseorang dalam media sosial  dan mengeluarkan kata yang tidak sepatutnya iaitu kata kesat. Disamping itu juga ada pula yang menunjuk-nunjuk harta kekayaan dimedia sosial. Bagi saya ini adalah satu kerugian kerana kemudahan ini beri percuma untuk kita mempromosi perniagaan kita, cuma teknik dan tip sahaja perlu kita perlajari. Kepada yang baru berjinak-jinak dengan dengan perniagaan gunakan laman web media sosial dengan sebaik yang mungkin bukan untuk untuk menjatuhkan seseorang.

Saturday 28 July 2012

Sikap pentingkan diri sendiri

Sikap pentingkan diri sendiri mesti ada untuk menjalankan perniagaan tetapi jika keterlaluan ini akan merosakan imej seseorang dan menjatuhkan moral.Baru-baru ini kita dikejutkan penduduk Kuala Lumpur merupakan bandar yang paling penting diri sendiri dan tidak bermoral hasil kajian dari READER'S DIGEST.
Ini adalah kerana merokok ditempat awan, menggunakan telefon bimbit di panggung wayang, berebut-rebut menaiki perkhidmatan awan serta tidak menghirau wanita mnengandung dan warga emas ketika dalam kenderaan awan.



Sebagai orang asia yang terkenal dengan sopan santun dan majoriti beragama islam sepatutnya, keadaan ini tidak berlaku. Seperti yang sediamaklum sikap nilai murni telah disemai sejak sekolah lagi. Berbalik dalam dalam perniagaan pula, kita tidak seharusnya mengejar keuntungan semata-mata sebaliknya kita seharusnya membuat kebajikan dan menerapkan nilai murni dalam perniagaan kita. sebagai contoh menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada masyarakat dan insan yang kurang bernasib baik bukan mengaut keuntungan dari kesulitan orang lain.


Friday 27 July 2012

Ramadhan kembali

Alhamdullilah dapat juga tahun kita menyambut ramadhan. Semoga ramadhan tahun ini lebih bermakna lagi, tidak seperti tahun lepas saya lebih banyak menghabiskan masa di banzaar Ramadhan iaitu menjual lemang dan disamping itu juga menolong isteri menjual kuih raya. Banyak pengalaman yang saya dapat semasa menjalankan pernigaaan ini. Penat? memang penat ...penat betul. Ini saya lakukan adalah kerana peniagaan utama saya mengalami kemerosotan. Sebagai langkah berjaga-jaga saya buat perniagaan lain sebagai back-up. Alhamdullilah dengan berkat usaha hasilnya amat lumayan yang penting dapat juga saya memberi sesuatu  kepada ibu dan keluarga saya untuk persiapan hariraya.





sebahagian kuih raya untuk diedarkan


Lemang segera hasil tangan saya dan isteri


Friday 6 July 2012

Masih terasa kehilangan.

Walaupun hampir seminggu Allahyarham (Mohammed Naser Bin Aliman ) pergi menyahut seruan illahi. Susah untuk saya melupakan segala kenangan yang ada bersama allahyarham, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan allahyarham disana.

Walaubagaimana pun hidup mesti diteruskan.Kenangan bersama allahyarham tetap saya ingati sampai bila-bila. walaupun saya bukan saudara terdekat , saya cuma kawan dan bekas majikan tetapi saya betul-betul merasai kehilangan seseorang yang amat saya sayangi. Inilah dikatakan ajal maut semua ditangan tuhan, memberi kita pengajaran bahawa hidup didunia ini hanya pinjaman semata-mata bukan kekal abadi. Sebagai seseorang yang sihat kita harus berbakti kepada orang tidak bernasib baik.berbaktilah sebanyak mana yang boleh. Apa yang berlaku terhadap kawan saya ini membuat saya lebih insaf dan ingin berbakti kepada semua masyarakat yang kurang bernasib baik.Lagi-lagi pada orang yang pernah menyumbang tenaga kepada syarikat saya. Saya berharap supaya Allah menguatkan semangat saya untuk berbakti pula pada keluarga allahyarham dimasa akan datang. Untuk Mohammed Naser Bin Aliman " aku sentiasa mengingatimu hingga akhir hayatku"- Al - fathihah....


Monday 2 July 2012

Perginya seorang kawan.

Semalam saya dikejutkan dengan berita yang amat memilukan, seorang sahabat dan juga bekas pekerja telah meninggalkan saya untuk selama-lamanya- Mohammed Naser Bin Aliman. Dengan usia yang begitu muda 29 tahun, allahyarham telah mengidapi  Kanser kelenjar (lymphoma) hampir 3 tahun. Allahyarham juga telah meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak yang masih kecil , 2 tahun dan 1 tahun. Allahyarham juga seorang yang periang dan peramah. Disamping mempunyai sikap bertanggungjawab, amanah dan tekun dalam menjalankan tugas.










3 hari sebelum allahyarham meninggal dunia


pusara allahyarham


Allahyarham seorang yang tabah dan sabar menghadapi penyakit yang dihidapi sehingga nafas beliau yang terakhir.Banyak kenangan manis yang tidak dapat saya lupakan membuat saya merindui senyum tawa dan lawak jenaka oleh allahyarham. Walaupun allahyarham tidak dapat berkhidmat dengan syarikat saya disebabkan penyakit yang dihadapi saya tetap bertanya khabar tentang allahyarham dari masa kesemasa. Walaubagaimana pun Allah lebih menyayangi allahyarham.Segala kenangan akan terpahat dihati sanubari dan saya berjanji untuk menolong keluarga allahyarham sekiranya diperlukan. Al- fahtihah untuk  kawanku Mohammed Naser Bin Aliman (25.10.1983 - 01.07.2012).


Friday 29 June 2012

Mengalami Kecederaan.

Sukan bowling memang tidak boleh lari dengan saya. Memandang bowling adalah perkara wajib sekira saya mempunyai masa terluang. Disamping menyihatkan badan, saya dapat belajar berbagai-bagai perkara dari sukan ini. Selain itu juga saya dapat menimba pengalaman dari pertandingan yang diadakan. Buat masa ini saya telah menghadiri banyak pertandingan seperti di Johor Bahru, Melaka , Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Ini memberi saya pendedahan disamping menimba pengalaman baru.

Baru - baru ini, saya telah mengalami kecederaan yang agak serius di otot peha. Atas nasihat doktor saya tidak dibenarkan untuk menghadiri latihan selama 2 minggu. Saya terpaksa akur diatas nasihat doktor. Saya telah menjalani X-RAY dan MRI terhadap otot peha yang bermasalah itu. Disamping mengambil ubat yang diberikan oleh doktor , saya berdoa untuk terus beraksi di lapangan bowling.

Ini juga memberi pengajaran kepada saya supaya memanaskan badan yang secukupnya sebelum bersukan. Kecederaan yang saya alami agak serius membuat saya lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Friday 10 February 2012

Tak rugi berkorban untuk perniagaan.


Tak rugi berkorban untuk perniagaan.Salah satu perkara yang harus ada pada para peniaga adalah berkorban. Sebagai seorang peniagaan atau usahawan banyak yang telah saya korbankan untuk memajukan perniaagaan. Salah satunya masa saya peruntukan sepenuhnya untuk perniaagaan yang saya jalan. Tanpa mengira waktu sekira ada pelanggan yang ingin berjumpa dan bertanya tentang perniaagan, saya mesti peruntukkan masa untuk bakal-bakal pelanggan.
Disamping itu juga saya telah menggunakan wang simpanan  sekira syarikat mengalami kekurangan kewangan.

Untuk kita menjadi orang yang berjaya dalam hidup, kita perlu bersedia untuk berkorban. Selepas bersedia untuk berkorban, kita kena sanggup untuk berkorban bila-bila masa, berkorban apa saja.
Berkorban maksudnya kita sanggup melepaskan sesuatu untuk mendapatkan sesuatu. Jalan menuju kejayaan serta kecemerlangan memang sukar,  memerlukan pengorbanan – pengorbanan masa, pengorbanan tenaga, pengorbanan duit.

Berkorban bukan untuk kepentingan diri kita sendiri saja tapi untuk kepentingan orang lain, kepentingan bersama.
Jika Anda amati betul-betul erti sebuah kejayan, ia adalah gabungan pengorbanan individu digabung dengan pengorbanan bersama orang lain.

Kita memerlukan orang lain untuk berjaya kerana kita memerlukan sokongan mereka, kata-kata semangat dari mereka, suntikan inspirasi dari pengorbanan mereka demi kejayaan kita.
Soalnya sekarang, kita kena sediakan diri untuk berkorban, kerana kita akan dipaksa oleh situasi untuk berkorban bila-bila masa, di mana-manapun jua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...