Monday, 24 August 2015

Bagaimana mencari kesempatan dalam kejatuhan matawang ?


Pada akhir-akhir ini , kita dikejutkan dengan kejatuhan matawang. Ramai diantara kita yang berkelihatan gelisah ditambah pula dengan kadar kenaikkan harga barangan yang begitu mendadak.
Bagi pengusaha dan para usahawan yang mengambil bekalan dan bahan mentah dari luar negara  , ini menjadi masalah untuk menampung perbelanjaan tersebut. Sekiranya perkara ini berteruskan , ada kemungkinan perniaagaan mereaka akan berhadapan dengan pelbagai masalah disebabkan kejatuhan matawang, dimana kos operasi dan kos bahan mentah yang dimport meningkat sama sekali. Saya sendiri sebagai pengusaha lori sewa  keluar negara (singapura) agak terasa dengan keadaan ini.






Dengan berbekal pengalaman yang sedia ada terdetik untuk saya berkongsi beberapa perkara supaya kita mencari kesempatan disebalik kejatuhan matawang agar tip-tip yang saya kongsikan disini menjadi panduan pada mereka yang diluar sana.

Bekerja diluar negara.

Tidak semua manusia dilahirkan untuk menjadi seorang usahawan ataupun berniaga. Ada juga mereka yang tidak berminat untuk berniaga dan lebih selesa dengan menjadi seorang pekerja. Cara yang terbaik pada mereka yang bekerja adalah bekerja di Negara mempunyai matawang yang tinggi. Contohnya bekerja di Singapura. Memang tidak dinafikan gaji mereka yang bekerja di Singapura agak tinggi. Sektor industri di Singapura sentiasa memerlukan tenaga manusia , Kita amat bertuah kerana berhampiran dengan Singapura, lebih-lebih lagi pada mereka yang tinggal di Johor. Mereka sangat berhampiran dengan Singapura. Diharap mereka yang berkenaan , ambil peluang ini untuk menimba pengalaman kerja di Singapura. Disamping itu juga, ada juga dikalangan kita memgambil peluang pekerjaa di Australia. Berbanding dengan singapura, matawang Australia agak besar berbandingan dengan matawang Singapura. Disini anda perlu berhati-hati dengan agen yang menawarkan kerja di Australia kerana ramai telah ditipu dengan mereka yang tidak bertanggungjawab. Maka anda harus berhati-hati , sekiranya berhasrat untuk bekerja di Australia melalui agen,

Berniaga diluar negara.

Meniaga diluar negara akan membuat anda tidak terasa dengan kejatuhan matawang. Pastikan yang akan anda niagakan akan membawa hasil yang lumayan. Salah satu peniagaan yang menguntungkan adalah perniagaan makanan. sebagai contoh , singapura mempunya kaum yang hampir sama dengan Malaysia. Makanan mereka pun sama cuma citarasa mereka agak tinggi sedikit . Bagi saya peniagaan makanan adalah perniaagaan yang paling menguntungkan tetapi anda harus belajar undang-undang dan peraturan pada negara tersebut. Perkara yang patut ada sekiranya anda berminat untuk berniaga di luar negara .

a. Modal - Tidak nafikan modal menjadi perkara utama untuk menjaya sesuatu peniagaan , lebih-lebih lagi peniagaan diluar negara . Anda perlu mempunyai modal yang agak tinggi sekiranya berminat untuk berniaga diluar negara.

b. Pelajari undang-undang dalam negara berkenaann - Setiap negara mempunyai undang-undang tersendiri. Sekiranya anda berminat untuk mengeksport barangan ke Singapura. 7% akan dikenakan oleh kerajaan Singapura daripada nilai invois. Undang-undang mengeksport juga perlu anda memahami , apakah barang larangan dan barangan yang boleh diterima masuk. Disini lah peranan agen pengankutan (forwarding agent) seperti saya memberi khidmat nasihat kepada pelanggan tentang undang-undang mengeksport barangan ke singapura. Bagi mereka yang berminat untuk untuk mengeskport barangan ke Singapura. Sila dapat khidmat nasihat dengan Agen penghantaran supaya barangan yang dieksport tidak ditahan oleh pihak yang berkuasa.


Berniaga atas talian keluar negara .

Disinilah para IM (internet marketing ) di negara ini mencari kesempatan untuk melipat kali keuntungan mereka. Berniaga diatas talian , lebih-lebih lagi di negara yang mempunyai mata wang yang tinggi dapat memberi pulangan yang hebat tetapi anda mesti mempunyai kemahirann tentang ini. Mengenai tentang bayaran anda tidak perlu takut kerana pembayaran boleh dilakukan melalui pay pal. Segala-galanya akan diuruskan melalui paypal. Apa yang penting anda perlu tunggu order sahaja. Mengenai produk dan harga , anda perlu membuat " HOMEWORK " dulu sebelum memulakan perniagaan atas talian. Lakukan dengan terperinci supaya produk yang anda akan jual mendapat permintaan yang tinggi. Pada mereka yang tidak mahir untuk berniaga atas talian, pelajarilah dengan otai-otai yang mahir dengan bisnes ini. Banyak seminar dan kursus untuk mereka yang berminat untuk berniaaga atas talian dan yang penting jangan kedekut untuk belajar. Berikut adalah beberapa platform untuk anda membuat perniagaan atas talian untuk keluar negara :-

a. Ebay
b. Amazon.com
c. Aliexpress
d. Alibaba.com
e. Google Shopping
f. Yahoo Shopping


Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang mengeluh tentang kejatuhan matawang. Setiap yang sesuatu musibah , terdapat sesuatu yang berharga. Allah tidak akan menguji hambanya itu dengan dengan sesuatu diluar kemampuan hambanya tersebut.

Tuesday, 4 August 2015

Rahsia kejayaan Honda ( Bapa Industri Motosikal Jepun).


Soichiro Honda adalah pengasas Honda Corporation. Beliau dikenali ramai sebagai bapa industri motosikal Jepun. Selepas menamatkan latihan dengan sebuah bengkel kereta. Honda menubuhkan syarikat Tokai Seiki. Honda menghantar 50 daripada pengeluaran pertama unit piston kepada Toyota untuk diuji. Hasilnya 3 daripada 50 sampel tersebut yang lulus.


Prihatin dengan masalah Penduduk setempat.




Pada masa itu, Jepun telah mengalami kemelesetan selepas perang. Orang ramai perlu bergerak untuk  mendapatkan bekalan makanan dan keperluan. Kenderaan yang ada pada masa itu dan mudah didapati ialah basikal. Maka tercetuslah idea untuk membantu orang awan dengan mengubah basikal tersebut dengan basikal berenjin.

Bermula dengan enjin yang ringkas pada basikal tersebut, buat pertama kalinya honda memperkenalkan Motosikal yang mempunyai enjin yang ringkas dengan kos yang murah dan mendapat sambutan yang hebat dikalangan penduduk yang berpendapatan rendah . Pada tahun 1951, Honda memperkenalkan motosikal model E yang mempunyai 4 injap. Pada masa itu , model tersebut dinilai sangat berkualiti di Jepun.



Membawa produk honda keperingat antarabangsa.

Bagi membawa produknya kepasaran antarabangsa beliau melawat para pengeluar motosikal lain di Britain dan menonton perlumbaan motosikal. Beliau menyedari bahawa Britain telah mengeluarkan motosikal dengan 36 kuasa kuda. Beliau amat malu dengan ciptaannya walaupun digelarkan produk yang terbaik di Jepun ketika itu. Honda bertekad untuk membangunkan teknologi Motosikal supaya dapat bersaing dengan syarikat ternama di Britain.


Selepas berusaha gigih selama lima tahun, motosikal lumba Honda mendapat tempat keenam dalam British Isle of Man Superbike Championship. Dua tahun kemudian Honda Racing team mendapat tempat pertama dalam perlumbaan, kejayaan ini amat luar biasa dengan menduduki tempat pertama hingga kelima bagi kategori 500cc, 250cc dan 125cc. Mereka pergi jauh dengan memenangi Grand Prix bagi kategori 125cc dan 250cc. Pada masa itu, angka jualan Honda sudah melangkui 100,000 unit motosikal.


Walaupun ramai yang memuji dengan kemanpuan honda untuk bersaing diperingkat antarabangsa tetapi beliau tetap tidak berpuas hati dengan hasil yang ada. Belia sedar setiap kejayaan akan ada kejatuhan. Oleh itu, beliau melaburkan JPY400 juta kepada Amerika, Jerman dan Sweeden untuk membeli peralatan bagi tujuan membaik pulih kemudahan lama di kilangnya. Hal ini disambut baik oleh kerajaan Jepun disamping boleh meningkat taraf ekonomi penduduk setempat dan kejayaan demi kejayaan dikecapi oleh Honda. Pada asalnya perusahan ini adalah untuk membantu penduduk yang mengalami masalah pengankutan.

Tuesday, 30 June 2015

Senjata rahsia dalam perniagaan.


Mereka yang berjaya didalam perniagaan sememangnya  terdapat sesuatu yang menjadi rahsia dalam sesebuah syarikat. Senjata rahsia dalam perniagaan , memang tidak di nafikan setiap yang berjaya terdapat sesuatu yang rahsia , dimana perkara ini tidak boleh dihebohkan kepada pengetahuan umum lebih-lebih lagi kepada pesaing peniagaan mereka. Selalunya Senjata rahsia ini adalah perkara yang membuat mereka melonjak naik didalam sesuatu perniagaan. Sebagai contoh" Kentuky Fried Chicken " (KFC) , syarikat ini mempunyai rahsia resipi ayam goreng yang menjadi rahsia hingga ke hari ini. Resipi ini tidak pernah dihebohkan kepada pengetahuan umum. Menjadi syarikat ini terus berjaya dari zaman ke zaman. Untuk menjadi sesuatu perniaagaan kita seharusnya mencipta sesuatu yang lain dari yang lain dan yang perkara itu mestilah memberi manfaatkan kepada semua pengguna.


Sebagai usahawan yang berjaya kita seharusnyan jangan berhenti berfikir untuk memberi manfaat kepada semua pengguna. Bukan sekadar mencari keuntungan tetapi kita seharusnya menberi sesuatu yang memberi manfaat kepada semua pengguna. Bukan mudah untuk menjadi usahawan yang berjaya, sekiranya kita melihat kepada keuntungan semata-mata, kejayaan tidak akan datang tanpa sumbangan yan diberikan. Oleh itu kita seharusnya , lihat kepada semua usahawan yang berjaya. Mereka yang berjaya adalah mereka yang mencipta sesuatu untuk memudahkan urusan pengguna lain.

Wednesday, 20 May 2015

Sentiasa menjadi seorang yang positif.





Untuk melangkah lebih jauh kita seharusnya berfikiran secara positif. Setiap dugaan yang datang atau pun yang menimpa  kita seharusnya berfikiran secara positif kerana setiap yang perkara yang datang membuat kita mempelajari pelbagai perkara dan ini adalah ilmu yang dikurnaiakan kepada kita supaya menjadi seorang yang matang. Kejayaan akan datang pada mereka yang sentiasa berfikiran positif. Memang tidak dinafikan setiap hari , kita dapat melihat perkara-perkara yang negatif didepan mata kita. sebolehnya kita lebih kuat untuk menjadikan negatif kepada positif. Sekiranya latihan ini kita gunakan setiap hari . Kemungkinan setiap yang perkara negatif yang datang , akan membuat kita lebih kuat untuk menghadapi dugaan tersebut .

Monday, 16 February 2015

Kisah duka menjadi kejayaan.


Masing-masing mempunyai pengalaman dan kisah yang  memeritkan untuk mengejar kejayaan. Memang betul setiap kesusahan , banyak pengalaman dan pengajaran yang kita terima . Ini membukti bahawa Allah sayang pada hamba. Seperti orang lain saya juga tidak pernah lagi dugaan , malah adakala saya tercari-cari jalan penyelesaian , bukan mudah untuk kita melepas diri dari masalah yang hebat mendatang. Setelah puas berusaha, saya hanya mampu berserah dan berdoa agar apa yang saya hadapi supaya diberi petunjuk .Teringat kisah salah seorang sahabat saya yang begitu aktif dalam bidang Internet Marketing . Pada mula nya beliau memulakan bisnes ini hanya untuk sesuap nasi , bukan untuk bermewah tetapi hanya untuk makan.Kisah ini bermula pada tahuan 2006 dimana beliau masih menuntut di universiti tempatan. Dibesarkan dengan keluarga yang serba kekurangan, timbul dihati untuk mengubah taraf ekonomi. Beliau belajar mengenai pemasaran internet ( internet Marketing ) hanya untuk menapung kehidupan di kolej dimana keluarga tidak berkemanpuan untuk menghantar duit belanja. Dengan berbekalkan semangat dan impian , beliau memilih bidang ini sebagai mata pencarian, Bermula dengan mengambil upah membina laman web , logo dan segala yang berkaitan dengan Internet. Disini beliau mengoraklah untuk melepaskan diri dari masalah yang dihadapi. Alhamdulliah , sedikit demi sedikit usaha yang dikerjakan membuahkan hasil , bukan sahaja dapat menampung makan dan minun dikolej tetapi dapat menampung yuran pengajiaan. Usaha yang dikerja dengan penuh bersungguh-sungguh membuah hasil yang begitu lumayan. Sekarang ini beliau telah memperolehi pendapat melebihi lima angka dan bertaraf jutawan dengan sepenuhnya dari pendapat di internet. Diharap dengan perkongsian ini dapat memberi suntikkan semangat kepada mereka yang baru dan yang telah dalam dalam pemasaran internet.



Tuesday, 14 October 2014

Kekuatan di sebalik amalan bersedekah.

Pada post kali ini , saya akan bercerita tentang sesuatu kisah yang berkaitan dengan keluarga saya. Semoga menjadi tauladan dan panduan pada mereka diluar sana . Alhamdullilah  , pada 10.10.2014 saya dikurniakan seorang bayi lelaki pada pukul 9.43 mlm. Saya begitu teruja dengan kelahiran bayi tersebut. Sembilan Bulan lepas isteri saya telah disahkan mengandung oleh sebuah hospital Swasta.

Kenapa saya memilih hospital Swasta untuk melahirkan anak ?

Seperi anak yang pertama dan kedua , tempat untuk melahir anak kami adalah sebuah hospital swasta di bandaraya Johor Bahru. Ramai yang bertanya kepada saya , kenapa hospital swasta tetap menjadi pilihan. Bagi Hospital kerajaan pun agak baik perhidmatan cuma kami sudah menjadi kebiasaan dari awal mengandung hingga saat untuk melahirkan. Kami bukanlah pasangan yang hidup mewah tetapi bila isteri saya disahkan mengandung , kami telah menyimpan dari awal perbelanjaan untuk isteri saya melahirkan anak kami. Memang tidak dinafikan kos melahirkan dihospital swata adalah tinggi sedikit . Dengan ekonomi bisnes kami yang tidak menentu kami nekad untuk keswasta dan dengan harapan bahawa bahagian kami di hospital kerajaan kami korban untuk mereka yang lebih memerlukan.


Berbalik pada awal isteri saya disahkan mengandung keadaan posisi anak kami tidak seperti yang diharapkan iaitu songsang. Kami bersabar dan terus menanti bahawa kandungan tersebut dalam keadaan posisi yang betul. Perkara ini berlanjutan hingga ke sembilan bulan. Ramai telah menasihatkan saya agar berurut untuk membetulkan posisi. Tapi saya lebih kepada berserah kepada Allah yang menentukan . Apa yang merisaukan saya kos pembedahan untuk isteri saya dianggarkan RM6k hing RM10k . Dalam keadaan ekonomi sekeluarga yang agak tidak memberansang ini amat merisaukan kami. Sekali lagi perkara ini menghantui saya dan isteri kerana yang kos amat mahal. Saya tertanya-tanya pada diri saya perlukah saya ke Hospital kerajaan ? Dengan keadaan kewangan yang tidak selesa dan saya teruskan untuk ke swasta . Disini saya ingin kongsi kuasa doa dan sedekah. Setiap selepas sembahyang saya sentiasa berdoa kepada Allah agar berilah saya jalan pentunjuk dapa masalah yang saya hadapi. Selain dari itu saya komitmenkan diri saya ini untuk memberi sedekah setiap hari di Masjid atau pun orang perseorangan. Jumlah tersebut biarlah rahsia tetapi yang penting hari-hari. Komitmen saya untuk bersedekah.

Hari berganti hari , bulan berganti bulan kandungan isteri saya tetap sama iaitu songsang. Saya tetap bersabar, Dan menantikan keajaiban berlaku. Allah maha mengasihini umatnya yang sentiasa bersabar. Apa yang mengejutkan saya, seminggu sebelum kelahiran bayi saya itu doktor mengesahkan bahawa keadaan posisi kandungan isteri saya berkeadaan normal. Bersyukur saya ke hadrat Illahi yang telah memakbulkan doa saya. Pada 10.10.2014 (Jumaat ) jam 9.45malam, isteri saya telah melahirkan seorang bayi lelaki , 3.17kg secara normal . Allahuakbar.

Saturday, 13 September 2014

3 perkara yang membuat kita menyesal seumur hidup .

Disini saya ingin berkongsi beberapa yang saya kaji dan fikirkan tentang beberapa perkara yang perlu kita titipkan supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. Sebagai insan biasa kita tidak lari dari membuat silap dan kesilapan itu juga mengajar erti hidup yang sebenar. Beberapa perkara harus kita kongsi sejenak supaya menjadi tauladan dan panduan hidup . Hanya tiga perkara sahaja membuat kita menyesal seumur hidup .

1. KITA MARAH DAN CACI PADA  MEREKA YANG SAYANG PADA KITA .

Perkara ramai terjadi pada mereka yang muda dan mempunyai ego yang tinggi menjalankan kehidupan masing-masing didalam dunia ini. Mereka ini tidak boleh ditegur walaupun mereka tahu apa yang dibuat adalah kesilapan dan kekurangan. Ada pula hilang rasa hormat apabila ditegur. Apa yang mendukacitakan mereka yang menegur adakala  ibu, ayah dan seseorang yang amat bermakna dalam hidup mereka. Mereka ini adalah insan yang paling menyayangi insan yang ditegur. Seseorang itu akan menegurkan pada mereka yang mereka yang amat mereka sayangi dan tidak mahu hanyut dilembah keburukkan. Untuk menjadi insan yang berguna kita patut ditegur kerana kita dilahirkan dengan serba kekurangan.


2.KITA TIDAK SEMPAT UNTUK MEMINTA MAAF PADA INSAN YANG DEKAT PADA KITA DAN TELAH MENINGGALKAN KITA UNTUK SELAMANYA.


Perkara yang paling menyesal dalam hidup insan yang tersayang telah pergi menghadap Illahi dan yang maha esa. Dimana banyak kesilapan yang lalu yang kita buat tidak sempat untuk meminta maaf. Kita tidak akan berjumpa dengan insan ini lagi. Jadi, manfaatkanlah masa yang diperuntukan untuk selalu meminta maaf pada yang insan yang selalu kita sakiti . Sekira insan tersebut telah pergi menghadap Illahi tanpa kita meminta maaf ,ini akan membuat kita diselindungi sesalan yang tidak sudah.



3.KITA GUNAKAN MASA MUDA KITA UNTUK PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH

Sekiranya masa muda kita dipenuhi dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, kembali lah kepangkal jalan. Semoga hari tua nanti kita tidak menyesal . Ramai diantara kita menghabiskan masa yang tidak berfaedah dengan berfoya-foya untuk mencari hiburan dengan alasan mencari ketenangan diri ditempat-tempat yang tidak sepatutnya. Ingat masa tua kita pasti mengejar dan jangan pula kita menyesal kerana setiap yang buruk itu mudah diwarisi oleh anak kita dan cucu cicit kita. Selagi ada kesempatan gunakan masa muda ini untuk mencari sesuatu yang berguna untuk bekalan dihari tua.



Monday, 1 September 2014

Nikmat Kesabaran.

Alhamdulilah genap sudah umur saya 35 tahun pada tahun ini 2014. Dengan pebagai masalah yang menimpa membuat saya sudah lali dengan masalah yang datang. Semua saya jadikan ketentuan dan takdir yang amat bermakna bagi saya.

Memang benar amat sukar untuk menjadi seorang yang penyabar dan bersabar kerana selain dengan masalah yang mendapat ada pula kata -kata yang kurang enak kita dengari sekiranya kita dilanda masalah dan musibah tetapi saya percaya apa yang berlaku adalah sementara. Teruskan kejalan yang benar dan pasang yang baik untuk memberi manfaat manusia sejagat. Kepada yang terus menghina teruskan dan ini membuat saya bertambah kuat.




Saya juga bersyukur ada pula rakan-rakan dan keluarga memberi semangat untuk meneruskan usaha saya ini. Bak kata pepatah " kalau tak nak dilambung ombak , Jangan berumah ditepi pantai " . Ini adalah jalan yang saya cari dan saya tidak akan berpatah balik. Saya akan teruskan sampai berjaya.

Dunia bisnes bukan semudah yang disangka , bukan hanya mendaftar di SSM dan dijabatan yang berkaitan. Kita harus menempuh segala dugaan dan cabaran. Kita perlu rasa rugi dan kita perlu ada ilmu untuk menceburinya.

Syukur dengan doakan mereka yang tersayang saya dapat menyelesaikan beberapa dugaan yang datang dan banyak saya pelajari dari dugaan tersebut. Pengalaman itu penting , lebih penting dari wang ringgit.



Friday, 14 March 2014

Disebalik kesulitan ada kemanisan.



Dalam mengharungi dunia perniagaan saya memang tidak dapat dielakkan dengan dugaan yang penuh cabaran. Kalau diikutkan dengan akal fikiran memang agak sukar untuk saya mengharungi cabaran tersebut. saya percaya setiap yang berlaku ada hikmah disebalik cabaran yang kita lalui. Kita sebagai hamba Allah berasa bersyukur dengan cabaran yang dikurniakan. Sebalik cabaran yang diberikan , sememangnya mempunyai maksud yang tersirat. Disamping itu juga memberi kita pengajaran yang begitu bermakna dalam hidup kita. Ada dikalangan kita takut pada cabaran, mana mungkin untuk mengejar kejayaan jika kita tidak diuji. Kejayaan bukan semudah dengan petik jari sahaja. Semakin besar kejayaan kita cari , semakin besar cabaran dan dugaan yang bakal kita harungi. Apa yang paling penting ialah berdoa untuk mendapat petunjuk. Hidup didunia ini sememangnya adil kerana setiap apa yang kita buat akan berhasil jika kita bertakwa kepadanya yang penting kita jangan berputus asa untuk memohon kepadanya.

" Sekiranya kita ditimpa masalah dan malapetaka , Allah tidak menyuruh mencari jalan sehingga penat, Allah meminta kita solat dan bersabar "


Bersyukurlah kepadanya sekiranya kita adalah insan yang terpilih kerana diharungi dugaan. setiap yang berlaku ada kemanisan yang amat bermakna dalam hidup kita. Memang benar Islam  , mewajibkan umat sentiasa bersabar dengan setiap dugaan yang menimpa. Kita tidak mampu untuk menolak takdir yang tertulis , kita cuma insan yang serba kekurangan. Anggaplah setiap yang datang adalah kurniaan dari Allah.

Monday, 3 March 2014

Allah permudahkan segala urusan ku...

Alhamdullilah diucapkan dan syukur kehadrat illah kerana memberi saya peluang untuk menarik nafas dibumi yang bertuah ini. Baru-baru ini saya telah menjayakan  satu event berkaitan dengan program amal telah selasai dengan jaya. Program tersebut adalah Boling Amal Alumni SDARY kali ke - 2. Apa yang paling hebat ialah Juara akan membawa pulang RM1000.00 dan pendaftaran semurah RM50.00 sahaja. Saya ditugas sebagai ketua penyelaras untuk program . Ini disebabkan saya lebih berpengalam tentang menganjurkan event seumpama ini. Sekiranya difikir secara logik agak mustahil untuk kami membawa masuk peserta melebihi 100 orang . Kami memerlukan modal yang agak besar untuk menjaya program ini. Berkat kerja keras dari para AJK yang terlibat membuatkan event Berjaya disamping ada pula orang perseorangan , syarikat swasta dan Jabatan kerajaan yang sanggup menjadi penyumbang kepada program ini.




Disini juga saya mengunakan pendekatan mengunakan teknik permasaran secara internet yang telah saya pelajari selama ini. Alhamdullilah kaedah ini berjaya menarik minat peserta untuk menyertainya. Walaupun terpaksa mengunakan poket sendiri untuk melakukan kerja-kerja promosi di internet , apa yang penting disini adalah tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan kepada saya dan apa yang saya buat hanya kerana Allah SAW. Apa yang membuat saya terharu , kami juga dapat memwaberi sumbangan yang mana hasil dari program tersebut  ke rumah anak yatim tepilih. Disini juga saya mendapat pengajaran baha" sesuatu jalan arah kebaikan pasti Allah akan membantu tidaklah perlulah kita risau kerana Allah sentiasa berada disamping mereka yang beriman kepadanya".Amin:::

Monday, 24 February 2014

AEON TEBRAU CITY JB : PROMOSI MENGELIRUKAN PENGGUNA

Pada 29.11.2013 saya  dan isteri telah pergi ke Jusco (AEON) Tebrau ,Johor Bahru dalam anggaran pukul 12.30 tengahari. Apabila sampai diruang legar berhadapan dengan Pasaraya Jusco(AEON), Kami dapati ada promosi Susu Isomil Plus 85 dan kami diberitahu bahawa ada promosi yang dijalan dengan pihak mereka. Harga yang ditawarkan adalah RM66.50 , kami amat tertarik dengan promosi yang ditawarkan dan kami pergi kejuruwang dan terus membayar dengan RM66.50 . Apa yang memeranjatkan kami dapati bahawa harga Susu tersebut adalah RM73.30 dan RM66.50 adalah untuk pemegang Kad Ahli AEON sahaja. Kami bukanlah pemegang Kad Ahli AEON.

 Apa yang menjadi kemuskilan kami, tiada tertulis harga promosi untuk ahli dan bukan ahli pada rak susu tersebut. Kami terus bertanya kepada promoter yang menawarkan harga promosi kepada kami. Promoter tersebut tidak dapat memberi alasan dan promoter tersebut memberi Kad Ahli untuk kami menggunakannya tetapi kami dihalang oleh salah seorang Juruwang atau pekerja pasaraya tersebut. Dengan nada yang agak tinggi beliau berkata Sekiranya kami mengunakan kad ahli promoter tersebut pihak Jusco (AEON) akan menyaman promoter tersebut. Dengan rasa kecil hati kami dengan tindakkan pekerja pasaraya tersebut. Kami terus membeli dengan Harga RM73.30 kerana kami amat memerlukan susu tersebut.

Kami juga telah  membuat aduan kepada Jabatan yang bertanggungjawab tentang apa yang terjadi pada kami dan berharap pihak Jusco(AEON) tidak mempermainkan harga promosi dan lebih berhemah ketika menjalan tugas.Bersama-sama ini saya lampirkan Bukti pembelian dan gambar yang berkaitan.

 

Tanda Harga


Resit dari Pasaraya


Dokumen dari KPDNKK


Dokumen dari KPDNKK



05.12.2013 - Laporan telah dibuat di KPDNKK JOHOR BAHRU
31.12.2013 - Pegawai KPDNKK JOHOR BAHRU telah membuat siasatan berkaitan kes yang diterima

Hasil dari siasatan pihak KPDNKK JOHOR BAHRU

- TANDA HARGA MEMUASKAN

Saya juga ada menelefon KPDNKK tentang kes tersebut tetapi mereka menerangkan bahawan mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak terdapat apa-apa kekeliruan tentang harga dan barang tersebut ketika mereka membuat siasatan . Bagi saya hal ini telah berlaku hampir sebulan dan mereka pergi membuat siasatan selepas itu menyebabkan tiada bukti tentang barangan tersebut dan kemungkinan juga promosi tentang barang tersebut telah habis. Kesimpulannya ialah  pasaraya tersebut terlepas begitu sahaja walaupun mereka mengaku bersalah.





Persoalan saya  
  • Dimanakah Hak saya sebagai pengguna selepas ditipu dan mendapat layanan yang teruk ?
  • Dimanakah Akta Perlindungan pengguna 1999 yang  memperuntukkan denda RM50,000 hingga RM 1 juta dan penjara tiga hingga lima tahun ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...